Monday 2 June 2014

Road to Malacca HM 2014

          At first memang dah x nak masuk race sebab dah nak puasa. Untuk apalah training penat2 tapi nanti bulan puasa rehat kaw2. Confirm fitness will back to zero. Tapi daftar jugak Malacca Half Marathon yang akan berlangsung 8 June 2014. Al-kisah nya masa pergi Sundown Malaysia 2014 Press Conference, Jolene Hong dan Edan Syah pulak ajak masuk event ni. So,rasa cam satu penghargaan pulak sebab diaorang ajak ni, hotel pun dah book,tinggal nak pergi ke x je lagi..Last2, daftar lah jugak..

     Matlamat aku kali ni sekurang-kurang nya nak lari 21km dalam masa kurang dari 1 Jam 30 min, tapi masih harap dapat padam rekod lama 1Jam 29min 02 saat. Minggu ini merupakan minggu persediaan terakhir, Recovery week. Tapi disebabkan aku dah ponteng training session aku masa weekend,harus lah diganti balik. Papapun kena work hard sampai rabu,selepas itu boleh lah rehat dan bersedia untuk acara yang bakal berlangsung pada 8 Jun 2014, ahad di Padang Pahlawan nanti.

No comments:

Post a Comment